American Hustle
American Hustle

American Hustle

American Hustle ialah filem komedi gelap jenayah Amerika Syarikat 2013[2] diarahkan oleh David O. Russell. Ia ditulis oleh Eric Warren Singer dan Russell, inspirasi dari operasi FBI, ABSCAM pada lewat tahun 1970an dan awal 1980an.[3] Ia dibintangi Christian Bale dan Amy Adams sebagai dua orang pekerja skim penipuan yang dipaksa oleh ejen FBI, (Bradley Cooper) untuk menubuhkan operasi sengatan ke atas ahli politik yang menerima rasuah termasuk Datuk Bandar Camden, New Jersey (Jeremy Renner). Jennifer Lawrence melakonkan watak isteri karakter Bale. Fotografi utama American Hustle bermula pada Mac 8, 2013 di Boston dan Worcester, Massachusetts serta Bandar Raya New York. Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 13, 2013[4] dan secara universal dipuji oleh pengkritik terutamanya untuk barisan pelakon. Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

American Hustle

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Danny Elfman
Disunting oleh Jay Cassidy
Crispin Struthers
Alan Baumgarten
Pengarah David O. Russell
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penerbit Charles Roven
Richard Suckle
Megan Ellison
Jonathan Gordon
Penulis Eric Warren Singer
David O. Russell
Pecah panggung $251.1 juta
Mula ditayangkan 12 Disember 2013 (2013-12-12) (Australia)
Disember 13, 2013 (Amerika Syarikat)
Sinematografi Linus Sandgren
Tempoh tayangan 138 minit[1]
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh Christian Bale
Bradley Cooper
Amy Adams
Jeremy Renner
Jennifer Lawrence
Pengedar Columbia Pictures
Perbelanjaan $40 juta

Rujukan

WikiPedia: American Hustle http://www.americanhustle-movie.com http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=davido2013... http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/americ... http://www.imdb.com/name/nm0000134/?ref_=ttfc_fc_c... http://www.imdb.com/title/tt1800241/ http://articles.latimes.com/2014/jan/19/entertainm... http://www.metacritic.com/movie/american-hustle http://www.nj.com/inside-jersey/index.ssf/2013/11/... http://www.nytimes.com/1981/05/02/nyregion/william... http://www.richardroeper.com/reviews/americanhustl...